Aisyah KCSB

Aisyah KCSB

Menulis pelbagai tips & info berkaitan mesin pencetak multifungsi! dan pelbagai topik lain juga :)

8 tips untuk print atas kertas tebal

Share on facebook
Facebook
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

8 TIPS UNTUK PRINT ATAS KERTAS TEBAL AKA "THICK PAPER" PADA MESIN FOTOSTAT MULTIFUNGSI

Dalam posting kita kali ini kita nak kongsikan permasalahan dan tips yang anda boleh gunakan untuk print atas kertas tebal. 

Tanpa membuang masa, jom kita mulakan~

Kertas tebal, dalam bahasa Inggerisnya lebih dikenali sebagai cardstock atau thick paper adalah kertas yang beratnya melebihi 130gsm.

Kertas tebal ada banyak kegunaannya dan meliputi kegunaan rutin dalam pejabat. Malah, perniagaan printing juga turut menggunakan kertas tebal untuk mencetak kad bisnes, kad kahwin, bookmark, poster, flyers, dan pelbagai lagi.

Kita boleh kelaskan kertas mengikut beratnya seperti di bawah:

80-100gsm: Kertas standard yang sering digunakan di pejabat, dan sesuai untuk penggunaan pada mesin pencetak laser seperti pencetak laser desktop atau mesin fotostat multifungsi. Sering kita jumpa kertas ini dijual dalam bentuk rim dan dilabel sebagai “copy paper”.

110-120gsm: Sering digunakan sebagai kertas untuk mencetak kepala surat (letterheards), slip pujian (compliment slips) atau surat-surat rasmi.

130-170gsm: Kertas yang lebih berat dan tahan lasak, selalunya digunakan untuk mencetak poster, risalah, dan juga isi buku.

170-200gsm: Kertas sebegini boleh dikatakan perantaraan kertas dan kad. Sering digunakan untuk menghasilkan cover brochure, risalah dua-muka (double-sided flyers) dan poster yang nampak lebih mewah dan berkualiti.

250-300gsm: Kertas dengan ketebalan ini dikira sebagai kad (board) dan sering dijadikan sebagai kulit buku. Kebanyakan spesifikasi mesin fotostat multifungsi tidak boleh mencetak kertas melebihi ketebalan 300gsm ini.

Kertas tebal cuma salah satu saja daripada pelbagai media cetak yang ada dalam pasaran. Ada banyak jenis media berbeza untuk pencetakan kertas tebal, jadi penting untuk anda faham kebolehan mesin pencetak anda samada ia mampu untuk mencetak sesuatu media itu.

Dengan cara ini boleh mencegah apa – apa isu yang mungkin terjadi kepada mesin pencetak anda atau tersalah print.

Jadi sebelum kita mulakan proses pencetakan atas kertas tebal, jom kita cuba lihat 8 tips dan pertimbangan yang ada perlu lakukan untuk memastikan proses pencetakan anda berjalan lancar.

  1. Mesin pencetak anda mungkin tak dapat mencetak atas semua jenis kertas tebal.

Mesin pencetak anda mungkin tak dapat mengendalikan semua jenis kertas tebal jadi kami sentiasa syorkan untuk anda cek dulu spesifikasi mesin pencetak anda dan juga kertas anda dari segi bahannya dan beratnya. Kalau anda tak pasti, anda boleh merujuk kepada yang lebih pakar seperti pembekal media anda atau service provider mesin pencetak anda.

  1. Penggunaan media yang tak sesuai boleh menyebabkan kerosakan pada mesin pencetak anda.

Dikhuatiri jika anda tidak periksa spesifikasi media dan mesin pencetak akan membawa kepada hasil pencetakan yang tidak memuaskan. Malahan penggunaan media yang salah juga boleh menyebabkan kerosakan kepada bahagian dalam mesin pencetak anda. Kos untuk membaik pulih mesin pencetak seperti mesin fotostat multifungsi bukanlah murah, malah prosesnya juga rumit. Anda perlu keluarkan kos lagi untuk mengupah juruteknik luar untuk membaikpulih mesin pencetak anda.

  1. Jika anda print atas kertas tebal boleh menyebabkan paper jam

Jadi, dalam erti kata lain, perlulah anda kaji jenis media yang mesin anda sokong dan berat maksimum media anda. Kalau media anda terlalu tebal, akan menyebabkan paper jam sebab mesin pencetak anda tak mampu nak sokong pencetakan atasnya.

Nak tahu apa punca paper jam yang sering terjadi bila anda kendali mesin fotostat multifungsi? Baca di sini<<<

  1. Untuk print atas kertas tebal, anda perlu menggunakan dulang khas

Selain itu, perlu diketahui juga mesin pencetak anda kemungkinan boleh mencetak kertas tebal atau media jenis kad ini melalui dulang yang spesifik sahaja, atau dulang manual. Kalau di mesin fotostat multifungsi seperti Konica Minolta C284, anda hanya boleh mencetak kertas tebal pada dulang by-pass. Jika anda mencetak menggunakan dulang yang salah, akan menyebabkan paper jam dan salah cetak yang membawa kepada hasil pencetakan yang tidak berkualiti.

print atas kertas tebal

*Dulang by-pass pada mesin fotostat multifungsi Ricoh

  1. Jangan letakkan terlalu banyak kertas tebal atas dulang pada satu-satu masa

Pastikan juga anda tak meletakkan terlalu banyak kertas tebal anda di atas dulang (overload). Praktis yang terbaik untuk dapatkan hasil yang berkualiti pada masa yang sama menjaga mesin pencetak anda, elakkan banyak kertas sekaligus sebaliknya mencetak kertas satu per satu kertas.

  1. Pastikan anda print atas kertas tebal yang berkualiti dan tidak rosak

Pastikan juga media anda tidak terkoyak, rapuh, rosak, terlipat,  atau berkedut, dan jangan pula anda letakkan media yang berlainan saiz dalam dulang pencetak pada satu masa yang sama, kerana ini pun boleh menimbulkan masalah semasa anda mencetak nanti.

print atas kertas tebal

*Pastikan kertas anda tidak berlipat, koyak, berkedut dan kesemua kertas adalah sama saiz apabila diletakkan atas dulang pencetak

  1. Uji cetak atas satu kertas tebal dahulu sebelum memulakan proses pencetakan yang sebenar

Kami sangat menyarankan anda untuk menguji cetak dulu kertas tebal anda sebelum anda memulakan pencetakan yang sebenar. Pastikan anda menguji cetak atas satu keping kertas tebal saja dahulu, sebelum anda meletakkan kesemua stok kertas anda di atas dulang dan memulakan proses pencetakan.

  1. Kenali dan fahami tetapan yang terbaik untuk pencetakan anda

Ada banyak perkara dan maklumat yang anda boleh explore dalam tetapan printer driver anda yang pasti berbaloi untuk anda tahu dan faham. Dekat sini juga anda boleh bereksprimentasi dengan pelbagai setting yang boleh membawa kepada hasil yang paling sesuai dan terbaik mengikut citarasa anda.

Di Khalifah Copier Sdn Bhd, kami membekalkan mesin copier / multifunctional printer (MFP) recond berkualiti tinggi dan disaring rapi bersama dengan pakej servis yang pastinya berbaloi untuk pelanggan kami. Kami komited dalam membantu usahawan dan perniagaan mendapat servis mesin fotostat terbaik, menjimatkan masa, supaya anda dapat Mencetak Tanpa Batasan

Hubungi Konsultan Jualan kami hari ini untuk tahu pakej sewaan dan beli mesin yang paling sesuai untuk kegunaan anda.

More to explorer

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top