Aisyah KCSB

Aisyah KCSB

Menulis pelbagai tips & info berkaitan mesin pencetak multifungsi! dan pelbagai topik lain juga :)

panduan guna mesin fotostat

Share on facebook
Facebook
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Panduan mudah guna mesin fotostat

cara guna mesin photostat

Macam mana cara guna mesin fotostat?

Biar betul artikel kali ni? Masih ada ke yang tak tahu cara guna mesin photostat?

Macam mengejek pula kan..

Tapi cuba tanya diri anda. Adakah anda benar-benar tahu menggunakan mesin photostat?

Haa..

Anda akan terkejut bila anda dapat tahu masih ramai orang di luar sana yang tak tahu guna mesin photocopier ini, walaupun ia sudah berada lama di pejabat anda. 

Ada juga yang hanya tahu fungsi asas saja tanpa mengetahui potensi sebenar mesin photostat secara keseluruhan. Sayang lah bila fungsi dah tersedia, tapi tak digunakan, betul tak?

So, jom ikuti posting kali ini yang akan memberikan anda panduan cara guna mesin photostat. Tanpa membuang masa, jom mulakan~

Langkah & cara guna mesin Photostat untuk menyalin (photostat) dokumen

  1. Hidupkan mesin dan tunggu sehingga ia selesai warm-up.
  2. Pastikan anda sudah muatkan kertas ke dalam dulang mesin dengan secukupnya. Pastikan juga saiz kertas anda betul.
  3. Angkat bahagian feeder mesin dan cek permukaan panel kaca untuk pastikan tak ada kotoran, bekas atau tanda, atau apa-apa barang/kertas yang tertinggal di atasnya.
  4. Letakkan dokumen atau “original” yang anda nak salin itu secara terbalik (halaman yang anda nak salin tu yang menghadap panel kaca). Pastikan posisi anda letak original itu juga betul (ikut saja garisan panduan di sisi panel kaca).
  5. Tutup semula bahagian feeder tersebut.
  6. Cek semua setup pada panel display untuk pastikan anda dah pilih settings yang betul (contohnya color atau black & white, saiz kertas, bilangan salinan & sebagainya)
  7. Tekan butang copy/start
  8. Setelah salinan dibuat, lihat salinan anda untuk pastikan ia adalah seperti yang anda mahu.
  9. Alihkan dokumen original itu tadi dari panel kaca dan tinggalkan mesin itu sepertimana sebelum anda gunakan.

     

Nota tambahan cara guna mesin Photostat

Kalau anda nak buat salinan melebihi 1 kertas, letakkan kesemua kertas atau dokumen anda itu di atas ADF (Automatic Document Feeder), di bahagian atas mesin fotostat. Pastikan dokumen anda itu tak dikepilkan sekali dengan stapler ya.

Jika mesin fotostat anda disambungkan pada network, mesin fotostat anda kini dah boleh berfungsi sebagai printer & scanner tau. Jadi, jika anda print dokumen dari komputer atau device anda, jangan lupa untuk ambil dokumen anda dari mesin fotokopi itu ya. Kalau proses printing anda terhenti atau dihentikan, pastikan anda clear-kan print queue, so tak adalah orang lain kena tunggu.

Seterusnya..

Senarai do’s & don’ts apabila anda guna mesin fotostat

Ikuti nasihat ini kalau anda nak jimat masa & elakkan kerosakan pada mesin fotostat anda, sekaligus menjimatkan wang anda dari digunakan untuk menyelenggara atau baikpulih mesin bila dah rosak/malfungsi.

Do's

  • Gunakan kertas yang betul. Kertas yang digunakan perlulah dalam saiz dan ketebalan yang betul, mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Kertas didatangkan dalam ketebalan atau berat yang berbeza, antara 60 gsm sehinggalah ke kertas kad yang lebih berat seperti 300 gsm. 
  • Walaubagaimanapun, tak semua mesin fotostat boleh handle kertas tebal. Pastikan anda dah baca spesifikasi mesin fotostat anda untuk tahu berat kertas minimum & maksimum ia boleh handle. Selain itu, anda juga mungkin perlu mengubah setting apabila anda nak cetak kertas tebal, dan menggunakan dulang bypass, bukan di dulang standard.

Nak tahu tips untuk print atas kertas tebal aka thick paper? Jom lihat artikel ini. 

  • Glass panel yang anda selalu gunakan untuk menyalin dokumen tu, pastikan ia bersih dari sebarang calar atau kotoran ya. Ini sangat penting. Kalau glass panel anda tidak bersih, ia akan kelihatan pada salinan anda. 
  • Kertas yang anda gunakan juga anda perlu pastikan ianya jenis kertas yang betul (pastikan kertas yang boleh digunakan pada printer laser ya!)
  • Gunakan “surge protector”. Surge protector adalah aplikasi atau device yang dicipta untuk melindungi mesin anda dari lonjakan voltan (voltage spike) yang biasanya terjadi sewaktu kilat.
  • Letakkan mesin copier anda di tempat yang mudah diakses oleh semua staff anda. Pastikan ada ruang yang cukup sekeliling mesin anda supaya orang lain masih lagi boleh bergerak sewaktu seseorang yang lain menggunakan mesin copier tersebut.

Don'ts

  • Jangan letakkan mesin copier anda dekat kawasan yang sempit atau berselerak. Mesin copier anda perlukan ruang untuk bernafas. Sebab apa? Sebab ia mengeluarkan haba. Jadi ia perlukan tempat yang ada ventilasi supaya udara yang panas tadi boleh dibuang dan tak terkumpul di kawasan mesin. Haba yang terkumpul akan memanaskan lagi mesin copier anda dan boleh menyebabkan mesin anda overheat dan rosak.
  • Jangan cuba-cuba salin objek keras atau objek tebal. Mesin copier dicipta untuk menyalin objek yang flat saja seperti kertas. Tapi ramai orang yang ingat ia boleh menyalin objek apa-apa pun termasuklah anggota badan. Tak percaya? Anda boleh pergi ke Youtube dan cuba cari “Copier fail”. 
  • Jangan gunakan mesin copier untuk apa-apa perkara yang bukan fungsinya. Mesin copier tak boleh mencetak atas kayu, plastik atau metal ya. Dan ia tak boleh mencetak atas semua saiz kertas, apatah lagi kalau anda campurkan saiz kertas yang berlainan dalam satu dulang yang sama pada satu-satu masa.
  • Jangan bersihkan glass panel mesin fotostat anda dengan benda selain kain lembut dan glass cleaner. Sental dengan jari pun tak boleh ya.

Di harap posting kita tentang cara guna mesin photostat ini membantu anda sedikit sebanyak. Penggunaan yang betul akan menjamin mesin fotostat anda boleh digunakan untuk jangka masa yang panjang dan mengurangkan down-time.

Di Khalifah Copier Sdn Bhd, kami membekalkan mesin copier / multifunctional printer (MFP) recond berkualiti tinggi dan disaring rapi bersama dengan pakej servis yang pastinya berbaloi untuk pelanggan kami. Kami komited dalam membantu usahawan dan perniagaan mendapat servis mesin fotostat terbaik, menjimatkan masa, supaya anda dapat Mencetak Tanpa Batasan

Hubungi Konsultan Jualan kami hari ini untuk tahu pakej sewaan dan beli mesin yang paling sesuai untuk kegunaan anda.

More to explorer

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top