sewa mesin fotostat malaysia
Picture of Aisyah KCSB

Aisyah KCSB

Menulis pelbagai tips & info berkaitan mesin pencetak multifungsi! dan pelbagai topik lain juga :)

5 langkah sebelum anda patenkan produk anda

Facebook
WhatsApp
Telegram

Realisasikan dan patenkan produk & Ciptaan anda

5 langkah sebelum anda patenkan produk hasil ciptaan anda

Entrepreneur.com tentang 5 langkah untuk merealisasikan idea ciptaan anda kepada produk, dan sebelum anda patenkan produk anda di pasaran: 

Langkah 1 :: Dokumenkan idea

Tak guna kalau ada idea tapi idea tu hanya tersimpan dalam fikiran anda saja, betul tak? Dah ada idea, tulis dan dokumenkan apa saja perkara yang terlintas yang related kepada idea ciptaan anda itu. Ini sebagai bukti yang idea itu benar-benar datang dari anda, in case pada masa hadapan ia membuahkan hasil dan anda ingin patent-kan ia sebagai hak anda.

 

Langkah 2 :: Buat research

Buat research tak bermakna anda kena fokus dekat produk atau ciptaan anda itu saja tau. Perlu fikir juga dari segi legal. Research dulu untuk tahu kalau idea anda itu pernah di “patent” kan oleh orang lain atau tidak.

Jadi idea anda itu masih belum di patent kan? Great!

Sekarang buat market research pula. Penting market research ini untuk tahu betul ke idea anda ini berbaloi dari sudut pandangan bisnes? Tahu tak lebih 90% dari patent TAK berjaya monetized atau membawa keuntungan kepada perekanya? 

 

Langkah 3 :: Bina prototype

Dekat stage ni lah anda merealisasikan idea  ciptaan anda kepada produk sebenar. Di sini juga lah anda akan dapati bergunanya catatan anda pada stage awal tadi untuk hasilkan prototype anda ini. Gunakan prototype anda ini untuk yakinkan para pelabur untuk melabur ke dalam penghasilan produk ciptaan anda ini.

Semasa anda bina prototype anda ini juga, anda akan dapati banyak flaws atau kelemahan pada ciptaan anda. Jadi anda boleh perbaiki dan jika anda dapati ada ciri-ciri tambahan yang perlu ditambah, pada masa ini lah terbaik untuk anda kenalpasti ia.

Penting untuk anda finalized kan semua perkara ini sebelum anda patenkan produk anda sebab, kalau anda patent-kan ia sebelum anda kenalpasti ciri2 tambahan ini, ada kemungkinan anda akan kehilangan patent ciri-ciri baru ini kepada orang lain.

Langkah 4 :: Failkan patent

Dekat Malaysia, anda boleh failkan patent anda melalui portal MyIPO. Ada 2 bentuk patent iaitu bentuk produk atau bentuk proses, yang memberikan hak ekslusif sesuatu rekacipta kepada penciptanya.

Anda boleh saja untuk tulis dan isi permohonan untuk patenkan produk anda sendiri tapi bila dah sampai masa untuk failkan patent anda, penting untuk anda libatkan peguam atau agen yang mahir dalam menguruskan hal patent. 

Ini supaya takda loophole pada patent anda yang membolehkan pesaing anda meniru hak cipta anda nanti.

 

Langkah 5 :: Bawa rekaan anda ke pasaran

Dah patenkan produk anda? Sekaranglah masanya untuk anda pasarkan rekaan anda. Di sini lah anda boleh mula fikirkan:  apa pelan bisnes anda? Macam mana anda nak buat duit dengan ciptaan anda? Dekat mana nak hasilkan produk anda? 

Di sini juga anda boleh fikirkan samada nak hasilkan dan jual produk anda sendiri atau, bagi lesen kepada syarikat lain untuk pasarkan ia untuk anda. 

Cuma downsidenya pilihan yang kedua ini ialah, anda mungkin akan terima antara 2% – 5% saja sebagai royalti. Selalunya perkara ini lah yang membuatkan perekacipta rasa enggan nak bagi lesen pembuatan dekat syarikat lain. 

Tapi jika fikir dari sudut positif, anda tak perlu susah payah nak uruskan bisnes anda sendiri ditambah dengan bebanan kewangan nak maintain bisnes anda itu lagi. Mungkin dengan cara ini anda tak dapat duit yang banyak dengan cepat, tapi pulangannya anda dapat lihat dan rasa dalam jangka masa panjang.   

 

Khalifah Copier Sdn Bhd

Artikel ini dibawa khas oleh Khalifah Copier Sdn Bhd, sebuah syarikat milik penuh Bumiputera yang membekalkan khidmat sewaan mesin fotokopi multifungsi kepada pejabat-pejabat & juga perniagaaan pencetakan. 

Hubungi konsultan kami hari ini untuk dapatkan pakej sewa dan beli mesin fotostat yang pastinya berbaloi untuk anda dan perniagaan anda. Fokus kami adalah untuk menjaga mesin pencetak anda, supaya anda dapat fokus kepada perkara yang benar-benar penting untuk perniagaan anda.

“You are what you focus on.

Don’t let it be another copier problem.”

Teruskan membaca lebih banyak perkongsian menarik tentang mesin fotokopi dan sebagainya di blog Khalifah Copier!

More to explorer