Aisyah KCSB

Aisyah KCSB

Menulis pelbagai tips & info berkaitan mesin pencetak multifungsi! dan pelbagai topik lain juga :)

11 Tips Penjagaan Mesin Fotostat Anda Perlu tahu

Share on facebook
Facebook
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

11 Tips Penjagaan Mesin Fotostat Anda Perlu Tahu

Hari ini kami ingin kongsikan beberapa tips penjagaan mesin fotostat anda supaya ia tahan lebih lama dan kurang permasalahan.

Tips penjagaan mesin fotostat ini dikongsikan khas dari kami, syarikat Khalifah Copier Sdn Bhd sebagai penyedia perkhidmatan (service provider) mesin fotostat recond berkualiti tinggi untuk kegunaan pejabat dan kedai printing. 

tips-penjagaan-mesin-fotostat

1. Dapatkan Latihan Secukupnya

Mesin fotokopi anda mungkin merupakan pelaburan yang besar untuk syarikat anda. Kita sedia tahu teknologi berubah dengan pesat, jadi ada baiknya jika anda mendapatkan latihan secukupnya untuk lebih mengetahui cara mengendalikan & menyelenggara mesin fotostat anda, supaya anda sentiasa cekap dan dapat gunakan mesin pada tahap paling optimum.

2. Lantik Seorang Petugas Mesin dalam Syarikat Anda 

Sebaiknya anda memastikan ada sekurang-kurangnya seorang petugas/pekerja dalam syarikat yang mempunyai latihan maksimum tentang mesin anda dan orang ini dapat berkongsi pengetahuan mereka kepada staf dan warga kerja yang lain. Sering kali, penyedia perkhidmatan (service provider) berurusan dengan ramai orang yang berbeza dalam sebuah syarikat atau organisasi apabila ada isu timbul. Ini hanya menjadikan proses teknikal jauh lebih rumit dan kurang efisien, dan akhirnya menyebabkan syarikat anda menanggung kos yang lebih tinggi.

3. Baca manual arahan

Ini adalah petua yang jelas, tetapi anda akan terkejut dengan seberapa banyak perniagaan yang tidak peduli. Walaupun terdapat banyak petua umum yang sangat baik untuk penyelenggaraan mesin fotokopi, yang terbaik ialah untuk anda membaca manualnya. Dengan membaca manual, anda akan mengetahui cara mengoperasikan mesin fotostat dengan betul. Ini akan mengelakkan sebarang gangguan kepada perkhidmatan atau berlaku kesesakan (machine jam).

4. Bersihkan gelas mesin

Satu bahagian yang memerlukan penyelenggaraan berkala pada semua jenis mesin fotokopi adalah kaca mesin fotokopi yang anda salin (scan) dokumen itu. Kaca ini mudah berhabuk dan senang terkena kotoran jadi harus dibersihkannya sekurang-kurangnya sekali sehari. Sekiranya tidak, anda akan mula melihat “smear” atau coretan pada salinan anda. (Lihat video ini untuk melihat bagaimana kotoran pada gelas mesin menyebabkan salinan dokumen anda bergarisan).

5. Jangan Cuba Pembetulan DIY

Ikuti arahan mesin dan susunan arahan; ada sebab ianya disusun sebegitu. Ini adalah tips penjagaan mesin fotostat yang penting. Walaupun melibatkan permasalahan yang kecil, seperti ‘paper jam’, seringkali kami terima panggilan perkhidmatan (service call) kerana ada orang menarik kertas dengan cara yang salah atau tidak mengikut arahan yang telah diberikan.

6. Kertas

Gunakan kertas yang betul untuk mesin anda. Pastikan kertas yang anda gunakan tidak terlalu nipis atau tebal seperti yang telah diberikan dalam spesifikasi mesin. Kurangkan statik pada kertas dengan memastikan kertas yang digunakan tidak lembab, suhu persekitaran adalah optimum dan anda dah sisihkan kertas anda sebelum anda masukkan ke dalam dulang mesin fotostat. Semua tips ini anda boleh dapatkan dalam blogpost kami tentang cara menangani masalah “paper jam”.

7. Berkomunikasi dengan “Service Provider” anda

Sentiasa berhubung dengan pembekal atau penyedia perkhidmatan (service provider) mesin fotokopi anda. Sekiranya anda sangat bergantung pada mesin anda dan adalah mustahak untuk tidak mempunyai waktu henti (service down-time), contohnya – sebelum sesuatu acara yang besar & penting, pastikan anda sudah servis mesin anda terlebih dahulu dan beritahu pasukan servis bahawa mereka perlu bersedia sekiranya ada masalah teknikal.

8. Juruteknik

Dengarkan nasihat juruteknik anda. Juruteknik anda pastinya ingin yang terbaik untuk mesin anda dan mengurangkan kekerapan anda perlu memanggil juruteknik kerana isu dan masalah berkaitan mesin fotokopi anda.

9. Toner

Hanya gunakan toner dan alat ganti asli untuk mesin anda; ia dibuat khas untuk mesin anda. Sekiranya anda menggunakan toner yang “compatible” tetapi bukan asli, kemungkinan tinggi panggilan servis dan penggunaan alat ganti anda akan meningkat dan kualiti cetakan anda akan menurun. Malah, menggunakan toner dan bahan “consumables” yang bukan asli sama sekali membatalkan jaminan (warranty) pencetak anda. 

10. Penyelenggaraan Pencegahan (Preventative Maintenance)

Beberapa syarikat termasuk Khalifah Copier Sdn Bhd, turut mengamalkan sistem penyelenggaraan pencegahan, iaitu kami memantau hasil cetak (dengan membaca meter mesin fotostat) dan berdasarkan jumlahnya, kami tahu sama ada mesin fotokopi / pencetak anda memerlukan penyelenggaraan bulanan atau tahunan untuk memastikannya berjalan lancar.

11. Hubungi Khalifah Copier Sdn Bhd

Hubungi Khalifah Copier Sdn Bhd untuk semua keperluan perkhidmatan dan penyelenggaraan mesin fotostat anda! 

——————————————————————–

Di Khalifah Copier Sdn Bhd, kami membekalkan mesin copier recond berkualiti tinggi dan disaring rapi bersama dengan pakej servis yang pastinya berbaloi untuk pelanggan kami. Kami komited dalam membantu usahawan dan perniagaan mendapat servis mesin fotostat terbaik, menjimatkan masa, supaya anda dapat Mencetak Tanpa Batasan

Hubungi Konsultan Jualan kami hari ini untuk tahu pakej sewaan dan beli mesin yang paling sesuai untuk kegunaan anda.

More to explorer

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top