Aisyah KCSB

Aisyah KCSB

Menulis pelbagai tips & info berkaitan mesin pencetak multifungsi! dan pelbagai topik lain juga :)

PAGE YIELD – BERAPA HALAMAN BOLEH PRINT UNTUK 1 TONER

Share on facebook
Facebook
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Page Yield : Berapa halaman muka surat boleh print sebelum toner habis?

page yield

Samada anda sedang mencari untuk beli printer baru atau cuma nak rendahkan lagi kos pencetakan anda, penting untuk anda pertimbangkan kapasiti toner katrij anda.

Setiap toner katrij yang anda beli akan ada ukuran dari segi kapasitinya dalam bentuk bilangan mukasurat, dan ini dipanggil “page yield”

Jadi apa maksud “page yield” atau “kapasiti” ini?
 

“Page yield” adalah satu indikasi bilangan halaman atau mukasurat yang boleh dicetak oleh katrij anda. Contohnya Color Toner TN512 4 untuk mesin Konica Minolta mempunyai “page yield” sebanyak 26k pages (berdasarkan 5% coverage di atas kertas A4).

Apa maksud “5% coverage” dan dari mana ia datang?
 

5% coverage dari kertas A4 ini adalah apa yang telah dikira oleh ISO sebagai standard bagi penulisan surat perniagaan.

5% coverage dari kertas A4 ni adalah satu perkiraan yang dibuat oleh ISO sebagai standard coverage apabila anda menulis surat perniagaan (business letter). Contoh, kalau anda print satu muka surat peniagaan yang ada 5% coverage, anda akan dapat mencetak sehingga 26k mukasurat dengan toner tersebut.

Apa tips untuk meng-optimumkan penggunaan katrij anda?
 

Jadi sekarang anda dah tahu berapa banyak muka surat anda boleh print dengan 5% coverage atas A4 paper dan apa yang dismaksudkan dengan 5% coverage itu, bagaimana anda nak pastikan anda dapat yang terbaik dari katrij anda?

Ada banyak faktor yang anda boleh pertimbangkan apabila anda nak capai average ISO 5% coverage.

Ini adalah tips yang kami sarankan:
 
  • Jenis font yang anda guna; font yang berbeza boleh memuatkan jumlah perkataan yang lebih dalam satu mukasurat
  • Saiz font anda; dengan mengecilkan saiz font juga boleh berikan anda jumlah perkataan yang lebih
  • Grafik, imej atau garisan menggunakan toner yang banyak, jadi pertimbangkan jika anda benar-benar perlu mencetak imej
  • Lebar page border anda; kalau anda guna border atau margin yang lebih kecil, akan tingkatkan lagi penggunaan toner per page
  • Tahu tak? menukar font anda kepada font Calibri boleh menjimatkan lagi duit anda?
  • Jika bandingkan font popular yang lain yang bersaiz antara 9 ke 12, Calibri memberikan kiraan perkataan yang lebih tinggi untuk 5% coverage berbanding Arial, Comic Sans, Tahoma & Times New Roman.

Pendek kata, walaupun konsep page yield ini wujud, nilai ini diberi oleh pengilang dan adalah untuk perbandingan sahaja, bukanlah nilai sebenar dan sangat bergantung kepada corak penggunaan anda.

Pernah dengar mesin pencetak multifungsi atau MFP? Jom ketahui kenapa mesin MFP boleh jadi pelaburan terbaik untuk pejabat anda.

Di Khalifah Copier Sdn Bhd, kami membekalkan mesin copier / multifunctional printer (MFP) recond berkualiti tinggi dan disaring rapi bersama dengan pakej servis yang pastinya berbaloi untuk pelanggan kami. Kami komited dalam membantu usahawan dan perniagaan mendapat servis mesin fotostat terbaik, menjimatkan masa, supaya anda dapat Mencetak Tanpa Batasan

Hubungi Konsultan Jualan kami hari ini untuk tahu pakej sewaan dan beli mesin yang paling sesuai untuk kegunaan anda.

More to explorer

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top