Aisyah KCSB

Aisyah KCSB

Menulis pelbagai tips & info berkaitan mesin pencetak multifungsi! dan pelbagai topik lain juga :)

Offset printing vs digital printing

Share on facebook
Facebook
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Apa Beza antara offset printing dengan digital printing?

             Ok, dalam posting kali ini kita nak ceritakan tentang perbezaan antara offset printing dengan digital printing.

             Katakan sekarang anda nak buat printing untuk bahan marketing company anda, contohnya macam pamphlets ke, brochure atau flyers,  kemungkinan anda akan menemukan 2 pilihan untuk printing, iaitu — offset atau digital printing.

             So kali ini kita akan kongsikan dengan anda apa itu offset dan digital printing, dan bila ianya sesuai untuk memilih offset printing, dan bila pula sesuai untuk memilih digital printing untuk kerja pencetakan anda.

Tanpa membuang masa, jom layankan~

Apa itu offset printing?

offset printing

             Okay, offset printing merujuk kepada proses printing yang memindahkan imej dari plate (yang selalunya diperbuat dari aluminium) ke atas rubber blanket, yang kemudiannya dipindahkan pula ke atas kertas atau media cetak.

              Offset printing menggunakan 4 warna iaitu Cyan, Magenta, Yellow dan Black atau lebih dikenali sebagai CMYK. Malah dengan offset printing anda turut boleh menggunakan warna yang customized, contohnya warna metallic, fluorescence dan pantone.

             Warna-warna ini akan di dilapiskan antara satu sama lain untuk mendapatkan hasil akhir, membuatkan warna anda lebih cenderung untuk jadi sangat tepat. Tambahan lagi, dengan offset printing anda dapat mencetak di atas pelbagai jenis media, bahan, dan finishing khas.

Apa pula digital printing? 

digital printing          

             Manakala untuk digital printing, design anda akan dicetak secara direct ke atas permukaan kertas dengan menggunakan ink cecair atau serbuk toner menggunakan samada inkjet atau laserjet printer.

             Digital printing memudahkan anda untuk mencetak produk secara unik jadi anda boleh cetak dengan cepat dan dalam kuantiti yang lebih kecil seperti yang anda perlukan, yang mana boleh jimatkan lebih banyak wang anda.

Bila sesuai untuk anda pilih pencetakan offset?                

             Offset printing sesuai digunakan jika anda nak cetak satu design yang sama dalam kuantiti yang banyak, selalunya melebihi 500 keping. Lazimnya, lebih banyak anda cetak, lebih menurun kos printing anda.

             Printing dalam kuantiti yang sedikit kebiasaannya amat mahal dan kurang berbaloi untuk perniagaan anda.

             Anda juga disarankan untuk memilih percetakan offset jika anda mahukan hasil warna yang tepat, terutamanya jika warna yang anda pilih tu highly customized dengan finishing yang spesifik.

             Contohnya jika anda nak print logo syarikat anda dengan finishing yang tampak metallic, offset printing lebih sesuai untuk anda capai objektif ini.

             Offset printing juga bagus jika anda nak print imej yang berkualiti dan beresolusi tinggi. Malah, dengan offeset printing juga, anda tak perlu bimbang tentang isu cetakan anda bergaris atau berbintik, iaitu isu yang sering dikaitkan dengan digital printing.

offset printing vs digital printing

             Offset printing juga bagus jika anda nak print atas material yang khas seperti plastik, kayu dan sebagainya.

Okay, bagaimana dengan digital printing pula?

             Digital printing adalah pilihan yang baik jika anda nak print dalam kuantiti yang sedikit, seperti 500 copies dan ke bawah. Digital printing adalah pilihan yang lebih economical dan sesuai jika anda nak jimat dari segi kos pencetakan.

             Kos untuk setup digital printing juga adalah lagi rendah berbanding offset printing. Ini membolehkan anda untuk print sebanyak mana kuantiti yang anda perlukan sahaja, tak kisahlah samada 9 ataupun 90 keping sahaja.

             Digital printing juga membolehkan anda untuk uji cetak design anda sebelum memulakan kerja printing yang sebenar pada kos yang rendah, berbanding dengan offset printing yang mana uji cetak untuk buat color-proofing atau print prototype boleh menjadi amat mahal.

             Selain itu, digital printing juga pilihan yang ideal jika anda nak cetak dalam hitam putih saja. Ini kerana design hitam putih tidak memerlukan ketepatan warna seperti design yang berwarna.

             Digital printing juga ideal kalau anda nak cetak dengan cepat sebab  turnaround time yang lebih singkat. Turnaround time merujuk kepada masa yang diambil untuk menyelesaikan satu proses pencetakan. 

             Offset printing cenderung untuk mempunyai turnaround time yang lebih panjang. Ini kerana proses untuk menyediakan plate pencetak itu sendiri memakan masa yang lama.

             Tambahan pula, jika ada error semasa proses pencetakan offset, anda harus mulakan prosesnya semula dari awal. Sementara untuk digital printing pula, ianya lebih fleksibel dalam menangani error semasa proses pencetakan. Anda boleh memberhentikan proses pencetakan untuk betulkan error, dan kemudian menyambung percetakan anda semula seperti biasa.

Kesimpulannya

             Offset printing lebih sesuai untuk kerja pencetakan berskala besar, atau di mana ketepatan warna amat dititikberatkan, atau anda ingin mencetak di atas material khas seperti kayu, plastik dan sebagainya.

Digital printing —


Offset printing —

             Sementara digital printing adalah pilihan yang lebih tepat jika anda nak cetak dalam kuantiti yang sedikit, mahukan pencetakan yang lebih cepat & jimat, serta jika anda tidak begitu kritikal dalam mendapatkan hasil warna yang benar-benar tepat.

Di Khalifah Copier Sdn Bhd, kami membekalkan mesin copier / multifunctional printer (MFP) recond berkualiti tinggi dan disaring rapi bersama dengan pakej servis yang pastinya berbaloi untuk pelanggan kami. Kami komited dalam membantu usahawan dan perniagaan mendapat servis mesin fotostat terbaik, menjimatkan masa, supaya anda dapat Mencetak Tanpa Batasan

Hubungi Konsultan Jualan kami hari ini untuk tahu pakej sewaan dan beli mesin yang paling sesuai untuk kegunaan anda.

More to explorer

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top