sewa mesin fotostat malaysia
Aisyah KCSB

Aisyah KCSB

Menulis pelbagai tips & info berkaitan mesin pencetak multifungsi! dan pelbagai topik lain juga :)

Macam mana nak mula bisnes fotostat dari rumah?

Facebook
WhatsApp
Telegram

Okay, harini kita nak post satu topik yang menarik. Topik ini ter-inpirasi dari salah seorang pelanggan kami sendiri yang bijak mengambil peluang dari keadaan semasa. Melihat adanya permintaan yang meningkat untuk servis printing & photostat dalam kalangan parents dan orang yang bekerja dari rumah masa pelaksanaan PKP, pelanggan kami ni ambil peluang untuk tawarkan servis printing& photostat dari rumah beliau saja!

Menarik bukan? Untuk usahawan yang berminat untuk menceburi bidang servis printing & photostat dari rumah ini, jom kita lihat apakah perkara yang anda boleh pertimbangkan sebelum mulakan perniaagaan?

1. Pemilihan lokasi

Pemilihan lokasi untuk buka servis fotostat dari rumah penting. Salah satu cara nak kenalpasti kalau lokasi rumah anda berpotensi, cuba lihat adakah rumah anda dekat dengan sekolah, kolej, universiti atau bangunan pejabat? Adakah kawasan rumah anda padat dengan penduduk?

Jika rumah anda berdekatan dengan lokasi-lokasi hotspot ini, target customer anda lebih luas. Anda juga boleh pergi ke sekolah, kolej atau pejabat-pejabat berdekatan ini untuk meng-warwarkan servis anda. Anda turut boleh mempelbagaikan tawaran servis anda, contohnya servis pengambilan & penghantaran dokumen (pickup & delivery services) di lokasi mereka, so mereka tak perlu travel untuk mendapatkan servis anda.

2. Pemilihan Mesin Pencetak

Tentu sekali pemilihan mesin pencetak juga amat penting. Mesin pencetak ada pelbagai jenis. Secara amnya, mesin pencetak terbahagi kepada mesin laserjet & inkjet. Berdasarkan pemilihan mesin pencetak ini, anda boleh kaji tentang kekuatan (strength), kekurangan (weakness), peluang (opportunity) dan ancaman (threats) yang mungkin terjadi di masa hadapan mengikut jenis pencetak yang anda dah pilih. Dalam business terms perkara ini dikenali sebagai “SWOT analysis”.

SWOT analysis ini bukan saja berguna sebagai panduan untuk anda pilih mesin yang terbaik, malah boleh digunakan untuk pelbagai aspek lain dalam perniagaan anda.

Mesin pencetak dengan fungsi apa?

Pemilihan mesin juga perlu mengambil kira aspek fungsinya. Mesin pencetak moden hari ini dibina dengan pelbagai fungsi, termasuklah fungsi 3-in-1 iaitu print, scan, dan fotostat dalam 1 mesin, fungsi duplex (pencetakan kertas depan dan belakang), faks, fungsi wireless & mobile printing yang membolehkan banyak device disambung kepada mesin pencetak pada satu masa, dan pelbagai lagi.

Beli, Sewa atau Sewa Beli Mesin?

Selain dari pemilihan jenis mesin pencetak, penting juga untuk anda pertimbangkan samada lebih berbaloi untuk anda membeli atau menyewa mesin. Pembelian atau sewaan mesin pencetak biasanya available untuk mesin pencetak medium to high duty, yang boleh cater production yang tinggi dalam satu-satu masa.

Contohnya, mesin pencetak multi-fungsi dengan kebolehan scan, print dan fotostat dalam 1 mesin yang sama, biasanya ditawarkan dalam pasaran dalam bentuk pembelian, sewa, dan juga sewa beli. Setiap jenis pemilikan ini sudah tentu ada pros and cons nya tersendiri.

Sewa mesin (Pure Rental)

Misalnya, jika anda menyewa mesin, anda perlu mengambil kira kos yang pastinya akan incurred setiap bulan seperti sewa bulanan. Sesetengah syarikat pembekal mesin fotostat turut caj anda pada bacaan meter. Bacaan meter merujuk kepada bilangan kertas yang anda cetak setiap bulan. Caj bacaan meter untuk cetakan B/W pula biasanya lebih rendah dari cetakan berwarna.

Walaubagaimanapun, standard practice sewaan mesin biasanya sudah cover bahagian service & maintenance secara percuma, jadi anda dah tak perlu risau tentang kos yang melibatkan 2 perkara tersebut.

Pakej Sewa Beli (Rent-to-Own)

Pakej sewa beli atau rent-to-own pula memberikan anda kelebihan berbanding sewaan sahaja (pure rental) dari segi pemilikan penuh mesin selepas tamat kontrak atau selepas bayaran sewaan terkumpul anda melebihi harga mesin tersebut. Ini semestinya berbaloi untuk anda yang ingin memiliki mesin fotostat anda sendiri tetapi tidak mempunyai bajet yang tinggi untuk membayar sekaligus.

Beli Mesin

Okay, macam mana pula kalau anda membeli mesin? Jika anda berhajat untuk membeli mesin, anda harus mempunyai wang atau simpanan yang mencukupi untuk mengeluarkan kos yang tinggi pada permulaan perniagaan. Namun, jika anda membeli mesin sudah pasti anda tak perlu lagi memikirkan sewa bulanan dan caj yang dikenakan setiap kali anda mencetak. Sekaligus, anda boleh menawarkan pakej harga yang lebih competitive kepada pelanggan anda sebab anda dah tak perlu ambil kira kos bacaan meter.

3. Peralatan Tambahan

Secara ringkas, peralatan tambahan dan bahan yang anda perlukan untuk mulakan bisnes fotostat dari rumah:

  • Cutter / Pemotong kertas
  • Finisher mesin fotostat dengan kebolehan stapler, hole-punching, sorting, folding, booklet creation
  • Binding machine + aksesori
  • Laminating machine + aksesori
  • Kertas copier dengan ketebalan yang sesuai
  • Kertas berwarna
  • Special papers seperti kertas artpaper, kertas sijil, kertas gambar dan sebagainya

Sejajar dengan servis apa yang anda nak tawarkan, ada beberapa peralatan tambahan yang anda boleh pertimbangkan. Contohnya, pemotong kertas atau “cutter” membolehkan anda memotong kertas dalam kuantiti yang banyak kepada pelbagai saiz selalunya untuk penghasilan flyers, pamphlets, brochure yang kadangkala tak menggunakan standard paper sizes. Nak pilih cutter pun ada beberapa faktor yang anda perlu ambil kira tau. Antaranya — panjang maksimum yang ia boleh potong, bilangan helaian kertas maksimum ia boleh potong pada satu-satu masa, hasil potongannya juga kenalah tepat dan kemas, adakah sistem sudutnya tepat untuk memotong pada 90 darjah, besar saiz tablenya dan pelbagai lagi.

https://www.dahle-office.com/en/news/magazine/a/cutting-machines-for-the-office/

Selain itu juga, sesetengah mesin fotostat multifungsi turut mempunyai finisher unitnya tersendiri. Apa itu finisher unit bagi mesin fotostat multifungsi? Finisher adalah satu peralatan tambahan yang disambungkan kepada mesin fotostat. Finisher ini berfungsi sebagai alat untuk membuat kerja-kerja seperti stapling, hole-punching atau menebuk lubang, melipat, menyusun dan mencetak booklet semuanya secara automatik. Bayangkanlah berapa banyak masa dan tenaga anda jimatkan jika anda mempunyai peralatan ini?

Peralatan lain yang anda boleh consider termasuklah juga mesin binding dan juga mesin laminate untuk mempelbagaikan lagi servis penawaran anda.

Selain itu, special attention juga perlu diberikan dalam pemilihan jenis & ketebalan kertas yang sesuai dengan mesin pencetak anda. Jadi sebelum anda membeli kertas dari mana-mana supplier dalam kuantiti yang banyak, pastikan anda dah uji cetak dahulu sample kertas tersebut. Kenali mesin pencetak anda dan spesifikasi kertas yang anda perlu pilih. Walaupun nampak seperti perkara kecil, jika kertas anda pilih tidak sesuai dengan mesin pencetak anda, ia mungkin akan mengakibatkan isu seperti paper jam dan kerosakan pada mesin pencetak anda dalam jangka masa panjang.

4. Kursus dan latihan

Okay, sekarang anda dah rancang mesin dan peralatan terbaik untuk anda mulakan perniagaan servis fotostat anda. Langkah seterusnya mestilah untuk anda tambah ilmu terutamanya tentang cara mengendalikan mesin pencetak anda supaya anda dapat gunakan setiap fungsinya pada tahap yang paling optimum. Tambah2 lagi jika anda menggunakan mesin pencetak multifungsi, banyak fungsi dan mekanisma yang penting untuk anda ketahui sebelum anda gunakan mesin tersebut tau.

Jadi mana nak dapatkan latihan atau kursus sebegini? Jika anda menyewa mesin fotostat, kebiasaannya syarikat pembekal mesin fotostat anda akan memberikan sesi demonstrasi mesin secara percuma pada hari penghantaran mesin. Sesi demo ini biasanya cover cara penggunaan mesin yang asas.

Kursus atau latihan yang lebih mendalam biasanya boleh didapati secara berbayar di pusat dan institut latihan tempatan, contohnya Institut Latihan Perindustrian (ILP) atau Giatmara. Juga, sesetengah syarikat pembekal mesin fotostat turut menawarkan kursus latihan jangka masa pendek atau panjang. Jika anda nak lebih jimat, anda juga boleh belajar tentang mesin fotostat anda dari hujung jari saja dengan merujuk kepada pelbagai sumber internet.

Bergantung kepada agensi atau pusat latihan, kurikulum kursus latihan ini biasanya merangkumi latihan teknikal dan juga penggunaan mesin. Jika anda berhasrat untuk menyelenggara mesin pencetak anda sendiri tanpa perlu mengambil servis juruteknik luar, ada baiknya untuk anda ikuti kursus atau latihan profesional sebegini.

5. Tentukan Harga Servis

Antara soalan yang sering kami terima dari customer yang berminat memulakan perniagaan fotostat dari rumah ialah “Bagaimana nak letakkan harga yang sesuai untuk servis?”

Secara mudahnya, ada beberapa tips yang anda boleh ikuti untuk letakkan harga yang terbaik untuk servis fotostat anda. Ramai orang sekadar buat kira-kira COGS (cost of goods sold: kos produk) sahaja dalam buat penetapan harga.

Contoh harga 1 helai kertas 8 sen, anda caj customer anda 20 sen untuk servis fotostat. Wah, dah untung 18 sen!

Tapi tak semudah itu ya. Hakikatnya dalam bisnes, kita ada kos buat bisnes (cost of doing business):

Contohnya sewa premis, gaji pekerja, cukai, utiliti atau bil-bil berkaitan operasi, kos pengiklanan, kos spoilt copies, kos jika barang return dan pelbagai lagi.

Advantage jika anda buat bisnes fotostat dari rumah ini, anda dah tak perlu fikir kos sewa premis di luar.

Selepas mengambil kira kos-kos yang terlibat ini, anda boleh juga kaji harga dari sudut lain seperti membandingkan harga yang ditawarkan oleh servis yang sama seperti anda di lokasi berhampiran.

Jika anda tak dapat bersaing dari segi harga, anda boleh mengkaji lebih dalam target market dan customer anda. Ketahui apa yang pelanggan anda benar-benar perlukan dan cater servis mengikut keperluan pelanggan anda ini.

6. Berminat nak mulakan servis printing & photostat dari rumah?

Jom mulakan perjalanan anda dengan kami di Khalifah Copier Sdn Bhd. Kami telah membantu usahawan untuk memulakan dan menaiktaraf perniagaan printing mereka dengan membekalkan mesin copier / multifunctional printer (MFP) recond berkualiti tinggi dan disaring rapi bersama dengan pakej servis yang pastinya berbaloi.

Hubungi Konsultan Jualan kami hari ini untuk tahu pakej sewaan dan beli mesin yang paling sesuai untuk kegunaan anda.

More to explorer

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top