jenis sticker paper
Aisyah KCSB

Aisyah KCSB

Menulis pelbagai tips & info berkaitan mesin pencetak multifungsi! dan pelbagai topik lain juga :)

Kenali 3 jenis sticker paper dalam dunia pencetakan

Facebook
WhatsApp
Telegram

Kenali 3 jenis sticker paper dalam dunia Pencetakan

ANDA ADA BUAT SERVIS PRINTING STICKER?
Sekarang ni kan banyak permintaan buat sticker memandangkan ramai orang dah mula berniaga secara kecil-kecilan & cari servis print sticker untuk ditampal kat produk mereka kan. Dah elok sangat tu bila anda dah ada dalam industri pencetakan sticker ni.
Hari ini kita nak share 3 jenis sticker paper yang anda boleh guna untuk cetak sticker customer anda. Tanpa buang masa, jom layankan!
————————————————
MATTE STICKER PAPER
Matte sticker paper ada 2 jenis. 1 – regular matte sticker, 1 jenis lagi REMOVABLE matte sticker. Beza yang removable ni maksudnya bila kita tampal stiker ni, ia masih boleh dicabut semula secara perlahan-lahan.
Kekurangan Matte sticker ialah bila kita print, warnanya kurang vibrant, kurang umph! Printing pun tak berapa sharp & tak tangkap details sangat, sebab jenis kertas ni “porous” (berliang). Color pun mudah untuk bleed. Sebabkan hasil warnanya kurang vibrant, kalau kita nak print efek macam glitter ke, akan kurang nampak.
Sticker matte ni masih cantik, cuma bukanlah kualiti terbaik yang anda boleh dapat.
————————————————
GLOSSY STICKER PAPER
Berbanding Matte Sticker, warna pada glossy sticker lebih VIBRANT. Cuma downside-nya ink mudah smear. Kalau contoh anda nak tulis atas sticker ini, anda perlukan special pen, e.g permanent pen. Walaupun begitu, ianya ambil masa juga nak tunggu dakwat pen tersebut kering.
Kertas Glossy Sticker juga sangat tebal berbanding sticker matte tadi.
Satu downside lagi tentang Glossy Sticker ni, contoh jika anda nak ambil video atau gambar sticker tersebut, di bawah cahaya lampu walaupun kecil, akan glare yang sangat2. Tak best jadinya.
————————————————
VINYL STICKER PAPER
Pernah dengar? Permukaan Sticker Vinyl adalah WATERPROOF (kalis air), malah sangat lembut. Orang putih gelar ia “buttery-soft”. Anda akan rasa nak lalukan je jari-jemari anda atas permukaan sticker vinyl sebab lembut sangat.
Bagusnya sticker Vinyl ni warnanya vibrant, lebih dekat dengan warna sebenar yang anda mahukan. Hasil cetak pun lebih DEFINED, SHARP & small details semua boleh nampak, e.g tulisan atau gambar kecil. Bawah cahaya lampu, sticker vinyl tak glare langsung ye, sama seperti sticker matte. Malah, sticker vinyl lebih NIPIS, maka taklah terlalu berat & makan ruang untuk penyimpanan & pembungkusan nanti.
Kekurangannya ialah, seperti apa pun di dalam dunia ini, lebih tinggi kualiti, maka lebih tinggi lah harganya. Sungguhpun begitu, berbaloi jika customer dapat hasil yang terbaik seperti yang dimahukan. Selain itu, sticker vinyl juga gunakan lebih banyak ink semasa printing. Jadi kos2 ini korang boleh lah buat pengiraan supaya harga yang korang tawar pada customer tu berbaloi untuk customer juga anda sebagai pemberi servis.
————————————————
Di Khalifah Copier, kita ada mesin copier yang sesuai dan boleh PRINT STICKER paper up to A3 size. Dengan kelajuan minima 28 copies per minute, semestinya mesin copier kami boleh membantu bisnes pencetakan anda pergi lebih jauh.
Layari website kami www.khalifahcopier.com , atau terus klik link ini – https://copierterbaik.wasap.my/ untuk bercakap dengan Perunding Jualan kami tentang keperluan anda.
————————————————
 

Tahu tak apa perbezaan antara Laser Printer & Inkjet Printer? Mana satu jenis printer yang terbaik untuk anda gunakan? Jom baca Perbezaan Antara Laser Printer & Inkjet Printer

 

More to explorer

3 thoughts on “Kenali 3 jenis sticker paper dalam dunia pencetakan”

  1. Pingback: 10 Tips Sebelum Membeli Mesin Fotostat | Khalifah Copier

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top