Aisyah KCSB

Aisyah KCSB

Menulis pelbagai tips & info berkaitan mesin pencetak multifungsi! dan pelbagai topik lain juga :)

8 perkara anda harus tahu sebelum sewa mesin fotostat

Share on facebook
Facebook
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

sewa mesin fotostat fuji xerox

Okay dalam perkongsian kita kali ini, kita akan ceritakan serba sedikit apa perkara yang anda harus tahu dan pertimbangkan sebelum anda sewa mesin fotostat.

Seperti yang kita tahu, terdapat banyak syarikat di luar sana yang menyediakan perkhidmatan sewa mesin fotostat untuk pelbagai kegunaan termasuklah pejabat, sekolah, kedai buku & alatulis, kedai fotostat dan runcit dan pelbagai lagi.

Sebelum anda membuat pilihan tentang syarikat dan perkhidmatan yang terbaik untuk anda, pasti anda akan menelusuri proses untuk survey dan kaji khidmat sewaan yang berbeza yang ditawarkan oleh syarikat berbeza. Objektif anda adalah untuk dapatkan khidmat sewaan yang terbaik mengikut kegunaan dan keperluan anda.

Jadi, untuk membantu anda membuat pilihan yang terbaik, di sini kami senaraikan beberapa tips dan perkara yang boleh anda pertimbangkan semasa proses tinjauan dibuat. Maklumat-maklumat ini anda boleh dapatkan dari wakil konsultan dari syarikat tersebut, jadi pastikan anda bertanya mengenainya ya. Bak kata pepatah, malu bertanya, sesat jalan.

1) Berapa sewa bulanan?

Ok yang ni pastilah yang paling utama untuk anda tahu. Sewa bulanan adalah bayaran tetap yang dikenakan atas penyewa mesin fotostat sebagai tukaran kepada produk dan servis yang ditawarkan oleh pihak syarikat penyewaan mesin. Jumlah sewa bulanan ini adalah tetap setiap bulan dan selalunya akan di-bil kepada penyewa pada suatu tarikh yang tetap setiap bulan. Kebiasaannya, syarikat menetapkan tarikh bil pada hari yang sama mesin fotostat selamat dihantar kepada penyewa.

2) Berapa lama tempoh kontrak sewaan?

Kontrak sewaan adalah perjanjian antara penyewa dengan syarikat pembekal sewa mesin fotostat yang memberikan hak kepada penyewa untuk menggunakan mesin fotostat bagi jangka masa yang tetap, biasanya meliputi tempoh sewaan antara 3 ke 5 tahun. Sementara itu, sesetengah syarikat pembekal mesin fotostat juga menyediakan sewaan secara short-term antara 3 bulan ke 12 bulan. Malah ada juga yang menawarkan sewaan mesin fotostat mengikut bilangan hari. Sewaan sebegini selalunya diambil bilamana sesebuah syarikat menganjurkan apa-apa event atau acara, seperti conference, seminar, atau pameran.

3) Sewa atau sewa-untuk-beli (rent-to-own)?

Selain sewa mesin fotostat, sesetengah syarikat turut menawarkan kontrak sewa beli atau rent-to-own yang mana di akhir tempoh kontrak ini, mesin fotostat tersebut akan menjadi hak milik penyewa. Kebiasaannya tempoh kontrak jenis ini lebih lama, dengan kadar sewa bulanan yang lebih rendah. Kontrak rent-to-own ini sesuai untuk sesiapa yang ingin memiliki mesin fotostat tetapi tidak mempunyai bajet permulaan yang cukup untuk terus membeli.

4) Berapa caj bacaan meter?

Selain sewa bulanan tetap, sesetengah syarikat pembekal mesin fotostat turut mengenakan bayaran untuk bacaan meter pada satu kadar yang tetap. Bacaan meter merujuk kepada jumlah penggunaan mesin fotostat yang dikira dari bilangan halaman yang anda cetak setiap sebulan. Bacaan meter mesin fotostat lazimnya sudah membahagikan bacaan meter hitam dari meter berwarna. Pastikan anda mengambil kira kos bacaan meter ini dalam mempertimbangkan sesuatu servis sewaan serta untuk mengetahui jika anda dapat menanggung kosnya berdasarkan penggunaan anda dalam sebulan.

5) Ada free copies ke?

Antara praktis sesetengah pembekal dan penyedia khidmat mesin fotostat adalah memberikan free copies kepada penyewanya. Maksud free copies di sini ialah jumlah cetakan yang diberikan secara percuma untuk digunakan dalam sebulan. Contohnya, “500 free copies untuk cetakan hitam putih” bermaksud penyewa tidak akan di caj untuk 500 cetakan hitam putih pertama yang dibuat dalam bulan tersebut. Bacaan meter hanya akan dicaj bermula dari cetakan ke-501 dan seterusnya.

6) Berapakah jumlah deposit? Kena bayar advance rental?

Deposit jaminan atau “security deposit” adalah sejumlah wang yang diberikan oleh penyewa kepada syarikat mesin fotostat sebagai tambahan kepada pembayaran sewa pendahuluan (advance rental). Deposit ini adalah sebagai insurans terhadap penyewa untuk cover perkara-perkara yang sukar diramalkan pada masa hadapan. Contohnya apabila berlaku kerosakan yang disengajakan pada mesin, atau penyewa tidak dapat menjelaskan tunggakan bayaran sepanjang tempoh kontrak

Berita baiknya, deposit ini adalah refundable (boleh dikembalikan). Jika anda yakin anda adalah seorang penyewa yang berhemah dan boleh memberikan komitmen yang penuh kepada terma dan syarat yang tertakluk dalam kontrak sewaan, pasti mudah proses untuk deposit anda dikembalikan kepada anda semula selepas tamat tempoh perjanjian.

7) Ada kos penghantaran ke?

Antara kos lain yang terlibat sebelum anda mempertimbangkan untuk menyewa mesin termasuklah caj penghantaran. Bergantung kepada lokasi, sesetengah syarikat akan mengenakan bayaran untuk kos penghantaran mesin  ke tempat anda. Kos penghantaran mesin mungkin percuma jika lokasi anda berdekatan dengan lokasi (gudang) syarikat tersebut.

8) Apa perkhidmatan dan jaminan yang diberikan oleh syarikat penyedia mesin fotostat?

Perlu juga untuk anda tahu dan selidiki perkhidmatan yang syarikat anda sediakan dalam pakej sewaan. Perkhidmatan ini sudah tentunya berbeza mengikut syarikat tetapi kebiasaannya meliputi 3 perkara utama iaitu servis baikpulih jika berlaku kerosakan (repair), servis penyelenggaraan (maintenance services), dan bekalan alat ganti (spare parts) dan barang habis pakai (consummables) seperti toner.

Nak tahu berapa halaman anda boleh cetak dengan 1 toner? Jom baca di sini.

Perkhidmatan perlu dilihat secara keseluruhan meliputi penjagaan mesin, kesenangan dalam berurusan dengan wakil dari syarikat, dan bantuan serta sokongan yang diberikan oleh pihak syarikat apabila timbul isu teknikal berkaitan dengan mesin fotostat anda. Dalam perkara ini, penting untuk anda berkomunikasi dengan konsultan untuk mendapatkan maklumat yang menyeluruh mengenai isu yang mungkin berlaku di masa hadapan dan bagaimana syarikat anda boleh membantu anda dalam menanganinya.

Tertanya jika lebih baik membeli atau menyewa mesin fotostat? Jom baca di sini.

Di Khalifah Copier Sdn Bhd, kami membekalkan mesin copier / multifunctional printer (MFP) recond berkualiti tinggi dan disaring rapi bersama dengan pakej servis yang pastinya berbaloi untuk pelanggan kami. Kami komited dalam membantu usahawan dan perniagaan mendapat servis mesin fotostat terbaik, menjimatkan masa, supaya anda dapat Mencetak Tanpa Batasan

Hubungi Konsultan Jualan kami hari ini untuk tahu pakej sewaan dan beli mesin yang paling sesuai untuk kegunaan anda.

More to explorer

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top