Aisyah KCSB

Aisyah KCSB

Menulis pelbagai tips & info berkaitan mesin pencetak multifungsi! dan pelbagai topik lain juga :)

6 perkara anda perlu tahu tentang toner mesin fotocopy

Share on facebook
Facebook
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

6 Benda Anda Wajib Tahu Tentang toner mesin fotocopy


Dalam posting kali ini, kita nak kongsikan tentang kandungan toner mesin fotocopy dan bagaimana toner ini berfungsi dalam setiap mesin fotostat. Toner ini bukan serbuk semata-mata tau. Setiap kandungan dalam toner ni ada ciri-ciri fizikal dan kimia yang membolehkan ia digunakan dalam teknologi mesin fotostat atau laserjet.

Jadi, sebenarnya apa yang terkandung dalam toner mesin fotocopy?

Gambar Ilustrasi (sumber Google): Ini contoh toner untuk mesin fotostat jenama Konica Minolta. Pernah lihat? 

 

1 – Bahan utama toner ialah plastik!

 
Tahukah anda, serbuk toner yang anda lihat itu sebenarnya diperbuat daripada plastik??
 
Dan inilah kunci utama disebalik teknologi laser printer ini.
 

Plastik ada 2 ciri penting iaitu:

  • Ia boleh digerakkan menggunakan kuasa elektrostatik
  • Ia boleh dicairkan ke atas kertas lalu menghasilkan imej yang bebas noda (smudge-free) dan tajam (crisp).

Mesin fotokopi mempunyai drum berpusing (rotating drum) yang disaluti oleh bahan semi konduktor seperti Selenium. Bahan salut ini berupaya menukarkan tenaga cahaya kepada tenaga elektrik, macam sel solar. 

Dengan memantulkan cahaya terang dari salinan cetak ke atas drum yang berpusing tadi, ia menghasilkan satu pantulan seperti salinan asli, tetapi dalam bentuk caj statik di atas drum tersebut.

harga toner mesin fotocopy

Gambar ilustrasi (sumber Youtube): Pantulan cahaya terang dari salinan asal ke atas drum membentuk imej tetapi dalam bentuk caj statik

Caj statik inilah yang akan menarik toner supaya ia melekat pada drum, dan kemudiannya toner yang melekat pada drum ini akan pula beralih ke atas kertas, sebelum ia dihantar ke bahagian pelebur (fuser) dan akhirnya menjayakan hasil untuk penyalinan anda itu tadi.

harga toner mesin fotostat

Gambar ilustrasi (sumber Google): Fungsi caj statik yang berbeza antara toner, drum dan kertas membolehkan proses penyalinan berlaku & toner berpindah dari satu bahagian ke bahagian yang lain.

Okay jadi bahan apa yang terkandung dalam toner mesin fotocopy?

 

2 – Polyester sebagai komponen plastik

 

Toner berwarna adalah 85 – 95 peratus plastik, dikisar menjadi serbuk yang teramat halus. Semakin kecil partikelnya, semakin tinggi resolusi imej yang ia boleh hasilkan. 

Disebabkan plastik tidak mengalirkan elektrik, partikel plastik itu boleh memegang cas statik; bermakna, ia akan melekat kepada apa-apa sahaja yang mempunyai cas yang berlawanan. 

Printer laser menggunakan kemelekatan ini untuk menggerakkan toner keatas drum tersebut, dan kemudian ia berpindah pula ke atas kertas. 

toner mesin fotostat

Gambar ilustrasi (sumber Youtube): Toner dari drum berpindah ke atas kertas sebelum melalui gegelung pelebur (fuser rollers)

Kertas itu kemudiannya melalui gegelung pelebur (fuser rolls) yang panas, dan gegelung pelebur ini mencairkan toner tadi dan menempelkan ia di atas kertas. 

Polyester adalah bahan yang terbaik untuk dijadikan toner mesin fotocopy berbanding polimer jenis lain sebab ia mampu hasilkan warna yang lebih cerah, baunya juga kurang toksik, dan mempunyai takat lebur yang lebih rendah (lower melting point).

Kesannya, ia menjimatkan lebih tenaga dan membolehkan mesin berjalan lebih pantas.

 

3 – Lilin polipropilena (Polypropylene Wax) sebagai agen pelincir

 

Lilin polipropilena ditambah dalam toner sebagai agen pelincir untuk mengelakkan toner melekat kepada gegelung pelebur (fuser roller) dan mengotorkan salinan yang seterusnya. 

 

4 – Bahan pemberi warna C-M-Y-K

 

Polyester pada sifat asalnya tidak berwarna. Jadi apa yang ditambah dalam kandungan toner tersebut yang menghasilkan 4 warna utama yang terdiri dari warna cyan, magenta, yellow & black ini?

Ya, pigmen. Pigmen adalah bahan serbuk yang memberikan toner warnanya. Pigmen memberi pelbagai rona pada semua komponen campuran serbuk toner.

Contohnya, 

  • Toner laser hitam mengandungi serbuk karbon hitam; 
  • Toner laser cyan mengandungi pigmen biru 15: 3, terdiri daripada Copper Phthalocyanine; 
  • Toner laser magenta mengandungi pigmen merah 122, terdiri daripada 2,9-Dimethyl-Quinacridone; 
  • Toner laser kuning mengandungi pigmen kuning 180, terdiri daripada Benzimidazole.

 

5 – Fumed Silica melancarkan aliran toner

 

Manik-manik kaca mikroskopik (SiO2) pada permukaan partikel toner memberikan aliran yang lancar dan hampir cair. Ini penting untuk menyebarkan toner ke seluruh halaman kertas dengan laju pada pencetak pejabat moden.

 

6 – Ejen Kawalan Caj memberikan toner caj negatifnya

 

Disebabkan toner mesin fotocopy ini menggunakan prinsip elektrostatik, toner turut mengandungi elemen kawalan caj yang bercaj negatif seperti besi, kromium atau zink bagi memastikan ianya melekat pada drum dan kertas sepanjang proses penyalinan berlaku.

Bahan-bahan ini juga membantu toner untuk melekat dengan lebih kuat dan lebih banyak pada satu-satu masa bagi menghasilkan hasil fotocopy yang berkualiti tinggi.

Menarik bukan semua fakta tentang toner mesin fotocopy ni? 

Sekarang kita dah tahu sedikit sebanyak tentang toner mesin fotostat, jom kita ketahui pula 5 cara penjagaan toner mesin fotostat supaya ia tidak mudah rosak & tahan lama.

Di Khalifah Copier Sdn Bhd, kami membekalkan mesin copier / multifunctional printer (MFP) recond berkualiti tinggi dan disaring rapi bersama dengan pakej servis yang pastinya berbaloi untuk pelanggan kami. Kami komited dalam membantu usahawan dan perniagaan mendapat servis mesin fotostat terbaik, menjimatkan masa, supaya anda dapat Mencetak Tanpa Batasan

Hubungi Konsultan Jualan kami hari ini untuk tahu pakej sewaan dan beli mesin yang paling sesuai untuk kegunaan anda.

More to explorer

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top