Picture of Aisyah KCSB

Aisyah KCSB

Menulis pelbagai tips & info berkaitan mesin pencetak multifungsi! dan pelbagai topik lain juga :)

5 JENIS PRINT MARKETING UNTUK PERNIAGAAN ANDA

Facebook
WhatsApp
Telegram

5 JENIS PRINT MARKETING ANDA BOLEH CUBA UNTUK PERNIAGAAN ANDA

Pada zaman digital sekarang ni, ramai berpendapat print marketing ni dah lapuk dan suram. Tapi, bila kita tengok balik, tak juga. Yang sebaliknya pula terjadi, print marketing semakin booming tau.

Malah lebih power lagi, banyak company & brand yang gabungkan kedua-dua print marketing dan digital marketing untuk bagi pengalaman yang paling best untuk para pelanggan mereka.

Audience atau pelanggan anda pastinya lebih yakin dengan brand anda jika anda turut gunakan print marketing yang high standard, contohnya brochure atau sticker yang mempamerkan dan menceritakan tentang brand anda sendiri. 

So kalau anda nak kukuhkan lagi connection antara anda dan pelanggan anda, tentunya anda masih perlu sisipkan bahan print marketing. Lagi padu kalau anda boleh meng-integrasikan print marketing dengan digital marketing sebagai strategi marketing yang lebih menyeluruh.

Tapi, bahan print marketing apa yang terbaik? Jom kita lihat 6 bahan print marketing yang tak lapuk ditelan zaman dan kekal relevan hingga ke hari ini.

1. Poster

Poster masih lagi satu jenis print marketing yang powerful pada masa ini tau. Menggunakan kuasa kreativiti dan teknik positioning yang mantap, poster memang boleh memberikan impak yang sangat baik untuk pemasaran jenama anda. Poster yang bagus memang orang akan ingat.

Bestnya tentang poster ni ialah anda bebas untuk bereksprimentasi dengan design-nya. Tak perlu pun anda muatkan terlalu banyak informasi; cukup penggunaan warna yang simple dengan susun atur atau layout yang menarik, anda dah boleh sebarkan tentang brand atau perniagaan anda kepada orang ramai menggunakan reka cipta poster yang menarik.

Satu lagi, dalam digital marketing anda perlu habiskan wang bila anda nak target kawasan yang begitu spesifik, kan? Dengan menggunakan print marketing seperti poster, anda hanya perlu meletakkan poster anda di tempat di mana orang yang mungkin berminat dengan servis anda berada. 

Contohnya kalau anda buat servis printing untuk pelajar kolej, anda boleh letakkan poster servis anda di papan buletin berdekatan dengan kolej kediaman pelajar atau fakulti. Tak perlu kemahiran teknologi, tak perlu bajet yang tinggi untuk buat iklan digital, cuma perlu poster dengan design yang menarik dan positioning yang betul je. Tapi jangan lupa untuk minta izin dan hanya letakkan poster anda di tempat yang dibenarkan saja ya.

2. Stiker

print marketing

Sticker satu lagi bentuk print marketing yang mantap. Sticker bukan saja boleh membina brand awareness dalam kalangan pelanggan dan audience anda, malah jika design sticker anda itu benar-benar berkesan, audience anda ini mungkin meletakkan sticker anda di barang-barang peribadi mereka seperti laptop, beg, baju dan sebagainya. Impaknya? Pelanggan anda ini kini dah jadi macam duta bergerak untuk brand anda. 

Sebab itu banyak brand, tambah lagi brand mewah (luxury brands) seperti Adidas, Apple,  yang sering berikan sticker sebagai free gift atau sebahagian dari packaging produk. Malah stickers ini senang anda nak integrasikan secara efektif dalam kempen marketing dekat media sosial, sebagai contoh, dengan menggalakkan pelanggan anda ambil gambar mereka memakai stickers anda.

Nak tahu cara untuk print sticker di mesin fotostat multifungsi? Jom baca lebih lanjut di sini.

3. Penanda buku (Bookmark)

Walaupun sekarang zaman dah digital, tapi masih ada orang yang masih membaca buku. Pasaran dan demand untuk buku masih ada, dan mungkin ada di antara pelanggan anda yang menghargai penanda buku yang kreatif dan menarik.

Ini juga anda boleh lihat sebagai satu peluang untuk buat print marketing yang berkesan kerana ia bukan saja satu helai kertas yang boleh promote brand anda, tapi juga merupakan satu objek yang boleh digunakan. Ini bermaksud pelanggan anda lebih cenderung untuk menyimpan bookmark ini berbanding dengan print marketing yang lain macam brochure, pamphlets, atau flyers.

4. Kad Bisnes

Bila anda hadir apa-apa acara sosial, atau persidangan atau meeting, inilah masa untuk anda buat connection dengan tetamu yang hadir. Anda perlu pantas untuk bagi details anda sebab acara sebegini biasanya sangat singkat. Walaupun dah bermacam teknologi yang wujud hari ini, traditional business card masih lagi pilihan popular untuk anda pamerkan dan kenalkan diri anda kepada connection baru secara profesional, mewakili syarikat anda.

Kadangkala ramai orang terlepas pandang business card sebagai print marketing yang berkesan. Kalau anda design kad anda secara kreatif, dengan logo, pilihan warna, tekstur dan nama brand yang menarik, pasti mudah nak tarik perhatian & mudah untuk pelanggan atau rakan kongsi ingat anda. Malah, ada kalanya cara ini lagi berkesan berbanding anda bagi profil Linkedin atau Whatsapp anda tau. Bak kata pepatah Inggeris “First Impression Matters!”. Bisnes kad juga cukup kecil untuk muat dalam poket atau dompet dan mudah dibawa berbanding booklet. Oleh sebab itu, business card kekal sebagai satu jenis print marketing yang efektif di dunia digital masa kini.

5. Flyers

Anda nak bawa pelanggan berpotensi untuk tahu lebih lanjut tentang brand anda? Nak kongsikan tentang servis anda atau educate mereka tentang perniagaan anda? Gunakan flyers. Betul, anda memang boleh berikan saja link ke website atau media sosial anda dan berharap pelanggan anda tengok dan buka website anda. Tapi di zaman ini yang mana terlalu banyak informasi yang anda boleh dapat secara online, orang semakin kurang membaca, mudah distracted atau mudah lupa apa yang mereka lihat di website anda.

Flyer boleh memainkan peranan di sini. Tambah lagi, sekarang dah banyak aplikasi yang memudahkan anda untuk gabungkan inovasi digital bersama dengan flyer anda. Contohnya dengan menggunakan aplikasi imbasan QR, anda boleh jadikan flyer anda lebih kreatif dan mesra pengguna. Malah dengan teknologi AR (Augmented Reality), anda boleh hubungkan pelanggan anda dengan video marketing terbaru anda, atau artikel atau sebarang informasi lanjut tentang jenama anda, dari flyers anda sahaja.

Oleh itu, flyer adalah satu print marketing yang hebat yang bukan saja membolehkan anda menyalurkan informasi tentang jenama anda melalui design dan layout yang menarik, malah membuka satu peluang yang besar yang menggabungkan kebolehan print marketing dan digital marketing untuk menjana leads yang terbaik untuk syarikat anda.

kata-kata akhir

Jadi itulah sedikit sebanyak perkongsian kita pada kali ini. Kesimpulannya, walaupun digital marketing kini dilihat sebagai satu bentuk pemasaran yang semakin mendapat perhatian hari ini, print marketing masih lagi kekal relevan dengan caranya tersendiri. 

Kebanyakan syarikat hari ini mempunyai in-house designer dan graphic designer mereka sendiri. Syarikat hanya perlu design bahan print marketing mereka dan menyerahkan kerja-kerja printing kepada kedai printing di luar. 

Walaubagaimanapun, jika syarikat anda kerap menghasilkan print media anda sendiri, ada baiknya juga untuk anda mendapatkan mesin pencetak anda sendiri. Dengan cara ini, mudah untuk anda kawal pencetakan print media anda sendiri dan ubah atau edit design anda pada masa itu juga jika perlu.

Di Khalifah Copier Sdn Bhd, kami membekalkan mesin pencetak multifungsi dengan kebolehan mencetak pelbagai media termasuklah poster, sticker, bookmarks, business card & flyers. Jika anda menguruskan print marketing untuk syarikat anda sendiri, pastinya berbaloi untuk anda dapatkan mesin pencetak multifungsi ini. Malah, dengan kebolehan untuk print, scan & fotokopi, ia turut boleh digunakan untuk kegunaan harian pejabat.

Nak tahu lebih lanjut? Hubungi Konsultan Jualan kami hari ini untuk tahu pakej sewaan dan beli mesin multifungsi yang paling sesuai untuk kegunaan anda.

More to explorer